KENALI BAHASA MELAYU......
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia,
Indonesia, Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil
bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil
bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu
ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja,
Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia,penutur bahasa
Melayu dianggarkan berjumlah 300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam
turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa
Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi.
Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik.
Namun sejak akhir-akhir ini, nama " Bahasa Melayu" digunakan semula.
Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan kembali kepada Bahasa malaysia sebagai
simbol bahawa bahasa ini untuk semua dan tidak mengira kaum.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap
dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Keindahan
dan kelembutan lenggok bahasa Melayu secara perlahan-lahan telah merentasi
sempadan dalam bidang pelajaran, perdagangan serta banyak lagi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif,
bermaksud makna perkataan diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya,
kata dasar (kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
memainkan peranan penting menjadi Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara.
Sesungguhnya perkara ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara yang mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan...