Sunday 3 March 2013

CORAT-CORET BAHASA



 KENALI BAHASA MELAYU......
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia,penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah 300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi.
Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama " Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan kembali kepada Bahasa malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini untuk semua dan tidak mengira kaum.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Keindahan dan kelembutan lenggok bahasa Melayu secara perlahan-lahan telah merentasi sempadan dalam bidang pelajaran, perdagangan serta banyak lagi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadi Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya perkara ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan...



No comments:

Post a Comment