Saturday 2 March 2013

AKU SEBUAH BASIKAL



Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit".  Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.  Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
      Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal.  Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran.  Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji akan kecantikkanku.
      Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang.  Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia.  Melalui perbualan dua kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
         Nasib kami sungguh malang. Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas.  Setahun kemudian, aku telah dijumpai oleh seorang penyelam.  Waktu itu badanku sudah berkarat.  Penyelam itu membawaku  dan kawan-kawan ke kedai yang membeli besi buruk.  Aku dijual di situ.
         Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

No comments:

Post a Comment