Saturday 2 March 2013

SENARAI PENJODOH BILANGAN



1. Angkatan-Kumpulan manusia atau benda. Contoh : kapal laut, tentera, belia, sasterawan, penulis
2. Bakul- Benda yang diisi di dalam bakul. Contoh : buah-buahan, sayur-sayuran
3. Baris- Benda yang berbaris atau manusia yang beratur. Contoh : ayat, bangku, murid, orang, kedai,rumah, pokok, tulisan
4. Batang- Benda yang panjang, keras dan lurus. Contoh : galah, gigi, jalan, sungai, pembaris, penyapu, tongkat
5. Bentuk- Benda kecil yang berbentuk lengkung atau keluk. Contoh : cincin, subang, mata kail
6. Bidang- Kawasan atau benda yang lebar, luas dan rata. Contoh : tanah, ladang, sawah, tikar, kebun
7. Biji- Jenis buah-buahan atau benda yang bersaiz kecil atau bulat. Contoh : nanas, tembikai, butang, cawan, gula-gula, pinggan, guli
8. Bilah- Benda yang tajam dan runcing. Contoh : gergaji, kapak, gunting, parang, pedang, sabit, tombak, keris
9. Butir- Benda yang bersaiz kecil dan berbentuk bulat. Contoh : peluru, permata,telur, intan, mutiara
10.Carik- Benda tipis yang koyak. Contoh : kain, perca                        
11.Cebis- Benda yang dikoyak kecil-kecil. Contoh : kertas, kapas, daun
12.Cekak- Benda yan dicekak dengan tangan. Contoh : padi, rumput, lidi
13.Cubit- Benda yang diambil sedikit sahaja. Contoh : garam, gula, roti
14.Cucuk- Benda yang dicucuk dengan lidi. Contoh : ayam percik, bebola ikan, sate
15.Gemal-Benda yang dikumpul dan diikat. Contoh : padi, jerami
16.Gulung-Benda yang panjang dan bergulung. Contoh : permaidani, tikar, filem
17.Gelung- Benda yang panjang dan bergulung. Contoh : tali, rotan, dawai, wayar, kawat
18.Kepul- Benda yang berkepul-kepul. Contoh : awan, asap
19.Laras- Senjata yang menggunakan ubat peledak. Contoh : meriam, senapang
20.Untai- Benda yang bercucuk atau tulisan yang berangkap. Contoh : kalung berlian, rantai manik, sajak, madah, pantun
21.Utas-Benda yang panjang dapat digulung. Contoh : rantai, dawai, tali
22.Rincih- Benda yang dipotong kecil-kecil. Contoh : bawang, daging

No comments:

Post a Comment