Sunday 3 March 2013

VIDEO IKLAN PETRONAS


Arahan  :
Tonton video di atas  dan kamu dikehendaki menulis  lima nilai murni yang terdapat dalam video tersebut.

CORAT-CORET BAHASA



 KENALI BAHASA MELAYU......
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia,penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah 300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi.
Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama " Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan kembali kepada Bahasa malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini untuk semua dan tidak mengira kaum.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Keindahan dan kelembutan lenggok bahasa Melayu secara perlahan-lahan telah merentasi sempadan dalam bidang pelajaran, perdagangan serta banyak lagi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadi Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya perkara ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan...



BAHASA MELAYU DAN CABARAN MASA KINI



Kini pelbagai cabaran dihadapi oleh Bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul serta dicampuradukkan dengan hadirnya Bahasa SMS, Bahasa Rojak, Bahasa Slanga dan satu caranya untuk melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka adalah untuk menggunakan bahasa itu dalam perbualan seharian. Dengan diri mereka sendiri yang tidak punyai kemahiran dalan bahasa Inggeris, ia sekaligus memberi pendengar mereka satu gambaran Bahasa Rojak. Ini juga merupakan satu fenomena yang sedang merebak ke bandar.

Alasan paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini adalah untuk menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutamanya Bahasa Inggeris. Malangnya ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada cemuhan orang lain yang melihat mereka sebagai tidak  mampu atau dalam bahasa kasarnya bodoh, dalam menguasai alah satu daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya.

Satu fakta yang memang tidak dapat disangkal lagi ialah, kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang sebenar, dan ini kerap menyebabkan mereka disalah erti, terutama apabila berada di negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.....

Saturday 2 March 2013

MASA DEPAN BAHASA MELAYU



Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu mula-mula disarankan dalam Laporan Razak 1956 dan kemudian diperkukuh dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Terbukti kini bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu apabila digunakan sepenuhnya di institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Apakah dengan pencapaian tersebut mencerminkan masa depan yang gemilang bagi Bahasa Melayu?. Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak, bergantung kepada persepsi individu yang melihat persoalan ini.
                                                                                                                
Terkadangnya kedengaran suara sumbang yang mengatakan bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu. Pada hakikatnya orang itu sendiri yang tidak mampu menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sebaliknya. Bahasa yang canggih dikatakan bahasa ilmu, bahasa bagi budaya tinggi, dan lebih tegas lagi bahasa bagi sains dan teknologi.

Peningkatan ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang itu haruslah seiring dengan peningkatan ketrampilan wahana itu sendiri, yakni bahasa. Banyak orang berfikir bahasa itu jatuh di tempat kedua dan pertamanya ilmu itu. Persepsi ini perlu diubah. Bahasa itu juga satu ilmu dan sejarah membuktikan banyak ahli yang melahirkan pemikiran dan ciptaan baru menguasai ilmu dan bahasa sebagai satu entiti yang terpadu.

Kita sebenarnya memiliki bahasa yang berkembang dan dinamis dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal datang. Seharusnya tidak timbul lagi krisis kepercayaan terhadap Bahasa Melayu. Perbincangan topik ini akan menunpukan kepada persoalan cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu, iaitu: kewujudan masyarakat yang dwibahasa: Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara; Bahasa Melayu dalam teknologi maklumat dan komunikasi; dan akhirnya Bahasa Melayu dalam era globalisasi....